20140228

ramalan jodoh 2014

Waney: Nak tulis apa lagi kat props untuk wedding Hatin ni?

Yours truly: Bahagiamu deritaku.

Kekzi: Kahkah! Macam tak sesuai dengan majlis ja hahahahha.

Waney: Kakakakaka bengong!

 

#kodahkenapa tak sesuai pulak? Sedih tahu bila BFF nak kahwin. Bukan sedih tak rela tengok dia finally bahagia dengan orang yg dia sayang tapi sedih yang tak boleh nak digambar dengan kata kata. Rasa macam tak rela melepaskan tapi at the same time happy untuk dia. Ibarat macam you tak move on lagi dengan your ex dan your ex bakal berkahwin dengan kekasih baru dia. Gittewww.

 

Well… mengikut ramalan, memang dari dulu kami semua meramalkan Hatin yang kahwin dulu antara kami berlima sebab

  1. relationship dia yang paling stable antara kami berlima. Sejak form3 kalau tak silap.
  2. paling matang.
  3. the eldest (mengikut birth date)
  4. paling tak cerewet.

BFF bestfriends photoshoot

Next sepatutnya Kak Migha (ramalan awal awal dulu la) sebab Migha dah ada stable job antara kami berlima. Tambahan pula Kak Migha ni ramai kenalan/peminat :’) Lepastu Waney, sebab masatu Waney dah ada steady BF, diikuti Kekzi yang diramalkan kahwin antara umur 25-27. Tapi sekarang memandangkan Waney kembali single, so mungkin juga Kekzi dulu.

 

Last sekali haruslah yours truly. Walaupun kalau mengikut birth date, I yang patut kahwin selepas Hatin. HAHA. Tapi I pulok yang diramalkan paling lambat kahwin antara kami berlima, mungkin sebab

  1. memang dari dulu/zaman sekolah tak pernah plan kahwin awal. Ideal age would be 27-29.
  2. takda steady bf/calon yang sesuai.
  3. memilih (not I say oneee, people always say oneee, I pasrah. I tak memilih kot :( Cuma belum jumpa yg sesuai)
  4. tak ramai kawan lelaki/socially awkward/tak friendly

 

SO WHO’S NEXT? Siapa teka betul tak dapat hadiah pun.

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan :’) Mana tahu I tetiba dah terbuka hati nak terima someone dan kahwin on December 2014 ? AHERHERHERHER OKAY TAK LAWAK INI TAK LAWAK #impossibru

 

 

Aura aura malas menaip dah muncul. Bye.

 

.

Like it? ♥‿♥


No comments: